..assalamualaikum..
Qunut ertinya membaca doa kerana sesuatu bala bencana supaya kita
dilindungi Allah dari bahaya.
CARA MEMBACA QUNUT NAZILAH
Qunut Nazilah boleh dibaca pada setiap solat fardhu: Zohor, Asar,
Maghrib, Isyak dan Subuh. Ia dibaca pada rakaat terakhir selepas bangun dari
Ruku’ untuk ‘Itidal. Doa dibaca ketika berdiri untuk I’tidal. Ada tiga cara membaca doa
tersebut. Imam boleh memilih salah satu dari cara-cara berikut:
1. Membaca doa Qunut sepertimana yang biasa dibaca ketika solat
Subuh.
2. Membaca doa Qunut Nazilah sahaja sepertimana yang di dalam
lampiran
3. Membaca doa Qunut subuh dan
diikuti dengan doa Qunut Nazilah .
Peringatan:
· Jika para Imam tidak
menghafal Qunut Nazilah yang dilampirkan, bolehlah membaca doa qunut sepertimana
dalam solat subuh. Kemudian doa nazilah ini boleh dibaca selepas solat.
· Imam hendaklah memberitahu
para jemaah bahawa qunut akan dibaca di dalam solat agar mereka meng-aminkan
bersama doa tersebut.
MAKSUD DOA QUNUT NAZILAH
Maksudnya: 'Ya Allah,
sesungguhnya kami bermohon pertolongan Mu, kami meminta ampun kepada Mu, kami
memohon petunjuk dari Mu, kami beriman kepada Mu, kami berserah kepada Mu dan
kami memuji Mu dengan segala kebaikan, kami mensyukuri dan tidak mengkufuri Mu,
kami melepaskan diri daripada sesiapa yang durhaka kepada Mu.
Ya Allah, Engkau yang kami
sembah dan kepada Engkau kami bersalat dan sujud, dan kepada Engkau jualah kami
datang bergegas, kami mengharap rahmat Mu dan kami takut akan azab Mu kerana
azab Mu yang sebenar akan menyusul mereka yang kufur
Ya Allah, Muliakanlah Islam
dan masyarakat Islam. Hentikanlah segala macam kezaliman dan permusuham,
Bantulah saudara-saudara kami di mana sahaja mereka berada. Angkatlah dari
mereka kesusahan, bala, peperangan dan permusuhan.
Ya Allah,
selamatkanlah kami dari segala keburukan dan janganlah Engkau jadikan kami
tempat turunnya bencana, hindarkanlah kami dari segala bala kerana tidak
sesiapa yang dapat menghindarkannya melainkan Engkau, ya Allah.”
Pada sesape yg nk tgk petikan doa boleh rujuk: sini

No comments:
Post a Comment